Media Room
mSTAR Online | 5 February 2008
Malaysian Dreamgirl cari bakat peragawati!

Siapakah yang berjaya dinobatkan sebagai Malaysian Dreamgirl?
TERDAPAT banyak rancangan realiti yang disiarkan di layar televisyen akhir-akhir ini tidak kira dalam bentuk usaha mencari bakat baru sehinggalah kepada lamaran untuk berkahwin.
Namun Syarikat Capxion Media Sdn. Bhd., mahu melakukan satu kelainan dengan memulakan satu siri rancangan realiti yang disiarkan sepenuhnya menerusi sebuah laman web khas.
Siri itu akan mencari bakat peragawati yang terbaik di Malaysia dan akan dinamakan sebagai Malaysian Dreamgirl.
Ketua Eksekutif Capxion Media Sdn. Bhd., Jerad Solomon berkata sebanyak dua episod setengah jam pada setiap minggu akan disiarkan antara Mac dengan Mei ini di laman web www.malaysian dreamgirl.tv.

Sazzy terpilih sebagai hos Malaysian Dreamgirl
Ia akan ditawarkan secara percuma.
"Pertunjukan itu bertujuan mencari bakat model baru di Malaysia. Ia akan memberi peluang kepada 12 peserta wanita untuk mengalami hidup sebagai seorang model," ujar Chaw yang merupakan pengerusi program ini.
"Ia akan meliputi kehidupan 12 wanita itu sepanjang tempoh 10 minggu, termasuk cabaran yang mereka hadapi," tambah Solomon, sambil menambah uji bakatnya akan diadakan pada 16 dan 17 Februari ini di PWTC.
Menurutnya, siri itu tidak akan disiarkan di televisyen tetapi beberapa klip videonya boleh didapati juga menerusi rangkaian telefon bimbit 3G.
Pelakon Sazzy Falak akan menjadi hos rancangan itu manakala para pengadilnya termasuk model dan pelakon Elaine Daly, penulis blog Kenny Sia, dan pereka imej Lim Jimmy.
Model yang digelar Malaysian Dreamgirl akan memenangi sebuah kereta Nissan Latio 1.8Ti (A), RM10 000 kad pra-bayar AmBank NexG MasterCard, hamper Wella Professionals bernilai RM3000, minyak wangi Escada bernilai RM1000, pakaian Bebe dan kasut Nose bernilai RM1500 serta menjadi model untuk ‘cover’ majalah tempatan NewMan.
Para penonton boleh mengundi melalui sms setiap minggu.
Other News
- 10 May 09
Living with the reality and pain of spiteful blogs - 8 May 09
Final three - 30 Mar 09
Dreamgirls live it up - 20 Mar 09
Your dream girls - 20 Mar 09
Not your regular girls - 20 Mar 09
Malaysian Dreamgirl Season 2 - 18 Mar 09
Are you the next Malaysian Dreamgirl? - 27 Feb 09
Malaysian Dreamgirl is back - 23 Feb 09
Chevrolet Aveo taruhan Malaysia Dreamgirl 2 - 12 Feb 09
Malaysian Dreamgirl - 10 Feb 09
A chance to be a Malaysian Dreamgirl - 7 Jan 09
Catwalk career - 1 Dec 08
Monday With Tey Cindy - 12 Sep 08
The 20 Under 40: Jared Solomon - 1 Jun 08
Fillin' In The Blanks: Cindy MDG - 07 May 08
Impian menjadi realiti - 06 May 08
Do you have what it takes? - 01 May 08
Tey Cindy wins Dreamgirl reality show - 20 Apr 08
Chasing their catwalk dreams - 10 Apr 08
The Breakfast Show - 09 Apr 08
Beyond the runways - 24 Mar 08
Quest for that girl who clicks - 02 Mar 08
Entertaining show spices up event - 25 Feb 08
Who is your Dreamgirl? - 19 Feb 08
Cari model melalui internet - 18 Feb 08
Pencarian Malaysian Dreamgirl kini bermula.. - 05 Feb 08
Malaysian Dreamgirl cari bakat peragawati! - 31 Jan 08
RANCANGAN REALITI DI INTERNET PULA - 28 Jan 08
Search for top models to be shown on Net - 27 Jan 08
Company launches web-based talent search reality show



































Malaysia's First Online Reality Series