Media Room

mSTAR Online   |   7 May 2008

 

Impian menjadi realiti

 

Program realiti internet yang pertama di Malaysia telah mengumumkan pemenangnya pada acara kemuncaknya yang diadakan di One Utama Selasa lalu.

Tempat itu dipenuhi dengan penyokong yang bersorak melaung nama peserta kegemaran mereka. Ada pula yang datang dengan banner dan memakai baju-t yang memaparkan gambar peserta kegemaran.

(From left) Hanis, Cindy and Adeline are the top three.

The Malaysian Dreamgirl Grand Finale bermula dengan acara tarian daripada Dennis Yin yang juga merupakan salah satu pemenang program realiti tempatan “So You Think You Can Dance” di ikuti dengan nyanyian dua buah lagu dari satu lagi peserta program realiti tempatan lain “Malaysian Idol” iaitu Ash Nair.

Para penonton yang hadir juga diberi peluang menonton klip video dari Malaysian Dreamgirl sebelum 11 peserta akhir memperagakan “catwalk” dengan pakaian daripada Bebe, Ted Baker, Nose and Women’Secret.

Top 11 striking poses.

Para hadirin bersorak apabila tiga peserta akhir yang berpeluang menjulang nama manjadi Malaysian Dreamgirl yang pertama diumumkan.

Kejayaan Malaysian Dreamgirl juga diiktirafkan secara rasmi oleh Malaysia Book of Records dengan acara pemberian sijil daripada wakil mereka kepada Ketua Eksekutif Capxion Media Jerad Solomon sebagai program realiti online yang pertama di Malaysia.

Elaine Daly as the host of the night.

Kesemua 11 peserta sekali lagi menayangkan pakaian, kali ini hasil kerja pereka fesyen tempatan Carven Academy, Karl Ng, Von Jolly and Jason Yek.

Malam itu diserikan lagi apabila saat yang dinanti-nantikan tiba. Tiga peserta akhir dipanggil semula ke pentas oleh pengacara malam itu, Elaine Daly untuk pengumuman pemenang yang akan digelar sebagai Malaysian Dreamgirl yang pertama.

Tey Cindy receiving Latio as her grand prize.

Pemenang telah dipilih oleh para penonton melalui sistem undian SMS dan pemenang Malaysian Dreamgirl adalah Tey Cindy. Tempat kedua Adeline Lee dan ketiga Hanis Zalikha.

Malaysian Dreamgirl pertama memenangi sebuah Nissan Latio 1.8 Ti(A), RM10,000, Prabayar AmBank NexG MasterCard, RM3,000 hamper Wella Professionals, RM1,000 minyak wangi Escada, RM1,000 pakaian Bebe, RM500 kasut Nose dan gambar muka kulit majalah NewMan.

Top 11 striking poses, again.

Malaysian Dreamgirl boleh ditonton melalui online di www.malaysiandreamgirl.tv sepanjang tahun. Malaysian Dreamgirl adalah satu produksi terbitan Capxion Media.

Official Car
Chevrolet
Official Make Up
Beautilicious
Official Lingerie
Wacoal
Mobile Community
Pacmee
Official Fragrance
Escada
Official Hair Salon
Shawn Cutler
Official Partner
Marie France Bodyline
Official Partner
Bella Skin Care
Official Partner
Svenson
Official Fitness Centre
Celebrity Fitness
Official Club
Mist
Modelling Agency
andrewsmodels
Official Magazine
InTrend
Official Media Partner
Envy Magazine
Official Radio
FlyFM
Blog Partner
Nuffnang
Official Online Career Site
JobStreet
Venue Sponsor
Tune Hotels
Official Energy Drink
Red Bull
Official Finale Venue
The Curve