Media Room

mStar Online   |   23 February 2009

 

Chevrolet Aveo taruhan Malaysia Dreamgirl 2

 

Dua puluh satu peserta Malaysian Dreamgirl 2 mula berentap. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG
Dua puluh satu peserta Malaysian Dreamgirl 2 mula berentap. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG

SIRI realiti online pertama nasional meneruskan kejayaan musim lalu dengan uji bakat untuk musim dua bagi mencari 12 finalis.

Siri realiti ini disiarkan eksklusif di www.malaysiandreamgirl.tv menunjukkan kronologi kehidupan 12 bakal model yang tinggal bersama untuk bersaing menjadi Malaysian Dreamgirl seterusnya.

Selepas dua bulan uji bakat dilakukan di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang, 21 peserta terpilih untuk pemilihan berikutnya.

Mereka sama-sama berpeluang untuk mendapat tempat sebagai 12 finalis.

Masing-masing perlu menambat hati pihak juri pada uji bakat tertutup yang dilakukan pada Khamis di Capxion Media Studio, Petaling Jaya. Semua peserta menetap di Tune Hotels sepanjang dua hari uji bakat itu.

Mereka melalui proses sesi fotografi, catwalk dan siri temu duga oleh juri.

Panel juri terdiri daripada model/pelakon Elaine Daly, perunding fesyen Lim Jimmy, pemilik Andrews Models, Andrew Tan dan CEO kosmetik Beautilicious, Julie Wong.

Saat penuh beremosi apabila separuh peserta layak ke peringkat akhir manakala sebahagian lagi gagal dan diminta pulang.

“Walaupun baru dua tahun, saya rasa kualiti peserta tahun ini sangat mengujakan. Memang sukar bagi kami memilih 12 finalis kerana semuanya berbakat,” ujar Elaine.

Sekarang pemilihan 12 peserta sudah muktamad, mereka akan tinggal bersama selama dua bulan.

Mereka akan menempuh banyak aktiviti seperti sesi fotografi, bengkel dan cabaran yang akan ditentukan kelak.

Mereka juga perlu bekerja keras dan berdepan dengan kehidupan glamor sebagai model.

Finalis akan disingkirkan setiap minggu berdasarkan undian SMS, dan peserta yang mampu bertahan sehingga akhir bakal menyandang gelaran Malaysian Dreamgirl.

Tayangan perdana bagi episod pertama Malaysian Dreamgirl 2 adalah pada 28 Februari ini manakala 20 Episod seterusnya akan disiarkan setiap Khamis dan Sabtu.

Pemenang Malaysian Dreamgirl akan membawa pulang Chevrolet Aveo 1.4 Lux (A), wang tunai RM10,000, HP Pavilion notebook, wangian Escada bernilai RM1,000 fragrances, kosmetik Beautilicious bernilai RM1,000, pakaian dalam Wacoal bernilai RM1,000, baucar Marie France Bodyline bernilai RM1000, baucar Bella Skin Care bernilai RM1,000, baucar Svenson Hair Care bernilai RM1,000 dan produk rambut Wella Professionals bernilai RM500.

Pemenang juga akan muncul di majalah InTrend dan portfolio eksklusif oleh Andrews Models.

Malaysian Dreamgirl 2 dipersembahkan oleh Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd (HP) & Intel, dan disokong oleh Chevrolet.

Ia diterbitkan oleh Capxion Media dengan usaha sama Limkokwing University.

Official Car
Chevrolet
Official Make Up
Beautilicious
Official Lingerie
Wacoal
Mobile Community
Pacmee
Official Fragrance
Escada
Official Hair Salon
Shawn Cutler
Official Partner
Marie France Bodyline
Official Partner
Bella Skin Care
Official Partner
Svenson
Official Fitness Centre
Celebrity Fitness
Official Club
Mist
Modelling Agency
andrewsmodels
Official Magazine
InTrend
Official Media Partner
Envy Magazine
Official Radio
FlyFM
Blog Partner
Nuffnang
Official Online Career Site
JobStreet
Venue Sponsor
Tune Hotels
Official Energy Drink
Red Bull
Official Finale Venue
The Curve